Baru-baru ini, ramai pengguna di media sosial menularkan beberapa gambar pati kuib pork jenama Knorr sebaris dengan rak pati kiub yang lain di pasaraya Malaysia. Ohmedia tak sangka pati kiub pork tu berada di tempat halal dan bukannya non-halal tau.
Memandangkan gambar tersebut membuatkan pengguna berasa kurang senang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun membuat penjelasan berkenaan isu ini di Facebook. Menurutnya, pati kiub pork itu bukan dikilangkan di Malaysia dan ia tidak layak untuk memiliki pengesahan yang halal.
Bukan itu sahaja, isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak JAKIM pada empat tahun yang lepas. Pada tahun 2018 pula, syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd memberitahu bahawa pihaknya tidak mengimport atau mengedarkan sebarang produk pati kiub pork di pasaran Malaysia.
Rata-rata ramai juga pengguna di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen post tersebut bahawa pati kiub pork jenama Knorr ini memang berada di pasaraya Malaysia. Nak tahu kenapa? Netizen berkata pati kiub tersebut berada di sebelah pati kuib lembu. Tajam betul mata korang ya!
So, apa pendapat korang? Ohmedia sarankan korang untuk check produk tu sebelum beli sama ada halal atau tidak di http://www.halal.gov.my/v4/ atau di aplikasi, Verify Halal. Jangan main beli je gais. Hehe.
OHMEDIA: SEPATUTNYA PATI KIUB PORK TU BERADA DI TEMPAT NON-HALAL. TAK PASAL-PASAL NANTI PENGGUNA YANG LAIN TERSALAH BELI. HMM.
Sumber: Facebook
+ Baca respon pembaca suka makanan halal di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media