#NotMyPM Trending Di Twitter. Bukti Ada Yang Tidak Hormat Keputusan Agong!


Ada yang menyokong! Ada yang tidak! Ada yang suka & bersyukur! Ada juga yang marah! Inilah yang berlaku sekarang apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin diputuskan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-8 sebentar tadi apabila ia diumumkan oleh pihak Istana Negara setelah melihat banyak aspek dan sokongan majoriti dari kalangan Ahli Parlimen.

BACA: (BIODATA) Kisah Jatuh Bangun Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Anwar Ibrahim selepas pengumuman ini dikeluarkan.

Bagaimanapun, umum tahu bahawa keputusan ini telah diputuskan oleh Agong yang sebelum ini turut telah memanggil ke semua Sultan di seluruh Malaysia dan ini merupakan hasil terbaik untuk semua. Tetapi tetap ada individu yang membantah dan tidak berpuas hati sehingga trending di Twitter Malaysia penggunaan #NotMyPM.





Bagaimanapun, ada ramai juga dikalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan penggunaan #NotMyPM ini kerana ia dilihat seperti tidak menghormati keputusan yang telah dilakukan Agong dan menyatakan #DaulatTuanku seharusnya digunakan.


Jika dilihat dari pengikut Ohmedia di Facebook pula, kebanyakan dari mereka memuji dan mengucapkan rasa syukur dengan keputusan yang telah diputuskan.


OHMEDIA: JADI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGHARAPKAN AGAR PIMPINAN BAHARU INI DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK, MENGIKUT ATURAN ISLAM, MENJAGA SEMUA BANGSA DAN MENYELESAIKAN APA SAHAJA ISU YANG TIMBUL DENGAN BIJAK.

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media