Korang dah ready belum untuk tonton filem terbaru dari negara jiran, Rumah Kentang The Beginning yang bakal menghantui korang semua di pawagam pada 27 Februari 2020 ini?
Apa yang Ohmedia tertarik dengan cerita ni adalah ia mengisahkan pasangan suami isteri yang bernama Adrian dan Sophie membuat keputusan untuk melawat rumah zaman kanak-kanak Sophie yang telah lama ditinggalkan sejak ibu bapanya tiba-tiba menghilangkan diri tanpa jejak.
Haa, kalau korang nak tahu watak yang dibawa oleh Christian Sugiono sebagai Adrian adalah seorang pengarang novel seram yang pembaca mula kehilangan minat terhadap bukunya.
Jadi, Adrian pun mengajak Sophie yang dilakonkan oleh Luna Maya untuk melawat rumah tu bersama tiga anaknya yang bernama Nina, Nala dan Bayu serta nenek mereka, Mirah.
Apabila mereka tiba je dekat situ, macam-macam mereka kena lalui dengan gangguan benda-benda yang pelik. Mula-mula mereka kena ganggu macam tak kisah sangat lah, tetapi akhirnya anak sulung mereka yang bernama Nina tiba-tiba je hilang gais.
Mana tak panik bila kehilangan anak kan?! Sepanjang Nina hilang, mereka kena tahu apa yang sebenarnya berlaku di rumah itu. Yang akan buat korang tak senang duduk adalah seorang penduduk kampung bernama Dadang memberitahu Mirah bahawa Rumah Kentang tu adalah lebih buruk daripada apa yang mereka bayangkan tau.
Bukan Nina je dalam bahaya tetapi semuanya gais. Nak tahu apa jadi selanjutnya? Haa, korang wajib tonton filem ini di semua pawagam Malaysia mulai 27 Februari 2020 okay. Filem Rumah Kentang The Beginning ni memang akan buat korang tak senang duduk sebab ada banyak jump scare. Pergh!
Bila tengok sinopsis filem ni pun dah tahu cerita ni memang best dan seram tau! Bagi korang yang ingin tonton filem ini, Ohmedia nak bagi tiket secara percuma kepada 25 pasangan yang bertuah. Jangan lupa join okay.
Sumber: Oh! Media