Sumber gambar dari twitter @masujun |
Kapal berkenaan dikenali sebagai Diamond Princess Cruise yang memulakan perjalanan pada 20 Januari dari Yokohama, Jepun kemudian, singgah negara berisiko wabak, Hong Kong, kemudian kembali ke Yokohama pada 4 Februari sebelum dikuarantin.
Menurut info, lebih 3,500 penumpang serta krew dikuarantin selama seminggu di kapal berkenaan dan mencatatkan 170 kes. Penumpang yang dikuarantin semakin gelisah kerana perkhidmatan bilik, makanan serta ubat-ubatan semakin berkurangan diatas kapal dengan membuat posting di Twitter.
今回、#ダイヤモンドプリンセス号 の乗客の皆様へ、厚労省、SB社、LINE社の連携の下、LINEを入れたiPhoneを2000台をご提供させていただきました— 舛田 淳(Masuda Jun)/LINE (@masujun) February 14, 2020
LINE経由での乗客への情報を提供を実現し、さらに心理カウンセラー、医師へのオンライン相談が可能となりました
※写真は有志たち#新型コロナウィルス pic.twitter.com/o9n8o9WSix
Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Jepun melalui Kementerian Kesihatan Jepun, Buruh, Kebajikan dan Syarikat Softbank Telekom Jepun akan mengagihkan iPhone sebanyak 2,000 unit untuk setiap satu kabin. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna meminta ubat-ubatan, atur perjumpaan dengan doktor dan terima maklumat dari pegawai kesihatan dengan aplikasi yang tersedia didalamnya.
iPhone ini diberikan bagi membolehkan pengguna menggunakan aplikasi tersedia berkenaan kerana telefon pengguna sedia ada mungkin tidak dapat menggunakan aplikasi berkenaan kerana didaftarkan di negara lain selain Jepun.
OHMEDIA: TIDAK DINAFIKAN JEPUN SENTIASA TERKEHADAPAN BILA BAB-BAB TEKNOLOGI, TAPI OHMEDIA HARAPKAN AGAR SEMUA PENUMPANG DAN KREW KAPAL BERKENAAN KEMBALI SIHAT DAN BEBAS DARI WABAK KORONAVIRUS.
Sumber: Bussines Insider | 9To5Mac
+ Baca respon pembaca kerajaan beri 2,000 iPhone kepada penumpang kapal di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media