'Kau sepatutnya minta kebenaran dari keluarga arwah, bukan memandai sampai boleh mendatangkan fitnah' - Ali Puteh


Semalam kecoh di media sosial mengenai tindakan ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang melawat isteri kepada arwah Abam Bocey dan bertanyakan soalan mengenai 'harta' sehingga menimbulkan rasa kurang netizen, apatah lagi adik arwah, Ali Puteh. 

Ali Puteh juga mencabar Aliff untuk berjumpa dengan dia dan keluarga kerana bagi Ali, tindakan Aliff itu dianggap seperti mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari YouTube dengan siaran langsung itu. 

Tetapi Aliff membalas kenyataan itu bahawa dia hanya menghulurkan bantuan wang tunai, bertanya khabar dan soalan-soalan yang diajukan itu juga telah dipersetujui oleh isteri arwah Abam. 

Jelasnya lagi, kedatangan mereka juga dijemput dan meminta netizen tidak membuat penilaian terlalu awal, sebaliknya menonton dulu video penuhnya. 

"Kami datang pun berjemput. So fikirkan. Aku tak kayalah duit YouTube dah lama buat bisnes lah. Tunggu tindakan saya," katanya. 


Namun bagi Ali, Aliff sepatutnya meminta kebenaran dari keluarga arwah, bukannya sewenang-wenangnya membuat temubual itu tanpa persetujuan mereka. 

"Kau sepatutnya minta kebenaran keluarga arwah. Bukan memandai boleh mendatangkan fitnah. 

"Nak buat amal, buatlah. Jangan berlagak kaya seperti semua kau yang punya," tulis Ali di Instagram Aliff. 


Mengenai posting Ali yang didakwa mengutuk kakak iparnya itu, ada netizen yang percaya Ali membuat kenyataan itu kerana terlalu emosi dan tidak mendapat penjelasan sebenar dari kakak iparnya mengenai video live itu. Sehinggalah dijelaskan hal sebenar dan barulah Ali membuang post tersebut dari Instagramnya. 

Sementara itu di Instastory, Aliff meluahkan rasa kecewanya mengenai isu itu dan menyalahkan produsernya di atas apa yang berlaku. 

"Saya kecewa sangat. Gara-gara awak Ayu, saya yang kena. Awak yang suruh saya pergi ke rumah tu. Sampai (Ali) nak cabar-cabar saya," kata Aliff yang juga memaklumkan mereka akan menjelaskan cerita sebenar dan menunjukkan bukti-bukti yang menyokong kenyataan mereka pada jam 4 petang di channel YouTubenya. 

"...jangan salahkan satu pihak sahaja, cuba tengok live tu. Saya takkan menyembang tanpa sebarang info. Saya tidak menyalahkan dan cabar mana-mana pihak. 

"Saya boleh buat tindakan saya dan saya ada bukti kukuh apa yang berlaku. Saya tak nak bergaduh dengan semua orang. Saya nak berbaik saja. 


"Jadi saya memohon untuk bersikap profesional. Mungkin saya akan buat press conference atau laporan polis. 

"Saya sebenarnya tiada masalah dengan sesiapa dan tak tahu apa masalah dia. Saya rasa tiada istilah saya mengacau dan membuka cerita sesiapa. Saya datang hanya untuk memberi bantuan. 

"Niat saya nak bantu dia. So bila perkongsian ini disalahertikan, mengecam saya, dan mencabar saya, jangan sampai saya buat tindakan. Kalau boleh cakap baik-baik, saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan orang," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my