Sumber gambar dari Malay Mail |
Tindakan Tommy Thomas menggunakan kuasa budi bicara untuk menamatkan prosiding keatas 12 individu berkenaan telah menyebabkan dia dikritik hebat kerana disifatkan membelakangi Menteri Dalam Negeri kerana kumpulan berkenaan masih lagi disifatkan sebagai kumpulan pengganas dan diakui sendiri oleh Kesatuan Eropah. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan Peguam Negara sebagai memperlekeh tugas polis dalam menangani kumpulan pengganas.
Meskipun begitu, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad mengeluarkan kenyataan sokongan dan mempertahan tindakan Tommy Thomas di Twitter untuk tidak meneruskan prosiding keatas 12 individu berkenaan. Tambahnya, beliau tidak akan menarik balik kenyataan dan sokongan yang berikan kerana baginya tindakan Peguam Negara berkenaan menepati lunas undang-undang dan bukan atas dasar poltik serta perkauman.
OHMEDIA: KUMPULAN PENGGANAS MAMPU MENGANGGU GUGAT KEDAULATAN SESEBUAH NEGARA. SEKIRANYA TIDAK DITANGANI DENGAN AWAL, KEAMANAN DAN KEHARMONIAN NEGARA JADI TARUHAN. MELEPASKAN MEREKA DENGAN KUASA BUDI BICARA SUATU TINDAKAN YANG TIDAK WAJAR.
Sumber: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca tentang Menteri Wilayah pertahan kenyataan dan sokong keputusan Peguam Negara di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media