Ini Cara Untuk Buat Peria Goreng Yang Rangup & Tak Rasa Pahit, Mudah Jer Gais!


Momordica Charantia atau lebih dikenali sebagai peria katak adalah sejenis sayuran yang rasanya pahit tetapi korang nak tahu tak bahawa peria ini memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan kita? Haa, peria ini sebenarnya boleh merawat asma, selesema, demam, diabetes, malaria, batu karang dan banyak lagi tau.

Kalau korang taknak makan peria sebagai ulam-ulaman atau jus minuman harian, Ohmedia ada resipi yang menarik untuk korang. Semalam Ohmedia baru je kongsikan resipi bayam Brazil goreng tepung dan kali ini pula adalah peria goreng yang rangup dan tak rasa pahit.

Cara-caranya mudah je gais! Bahan-bahan yang korang perlukan adalah sebiji peria, secawan tepung beras, 3/4 cawan tepung ubi kayu, 1 sudu besar serbuk ketumbar, 2 ulas bawang putih ditumbuk halus dan garam. Korang bolehlah jadikan resipi ini sebagai snek harian korang juga.


Mula-mula korang buang biji peria tu dulu dan kalau nak lebih senang, gunalah sudu. Lepas tu potonglah peria tu nipis-nipis. Ikut cara korang nak potong macam mana. Rendam dalam air garam selama 30 minit untuk kurangkan rasa pahit.

Kemudian, korang bilas je peria dengan air biasa dan rebus/rendam dengan air panas dalam seminit. Seminit je tau! Jangan rendam lama sangat sebab nanti peria tu berubah warna. Haa, nanti tak cantik pula tak ada warna asal dia kan.


Lepas korang dah rendam/rebus peria dalam air panas selama seminit, korang gaulkan dengan tepung beras, tepung ubi kayu dan serbuk ketumbar. Masukkan sekali bawang putih dan garam. Kepekatannya macam nak buat tempeyek, sedang-sedang je gais!

Seterusnya, masukkan peria yang sudah digaulkan tadi ke dalam kuali yang minyak sudah dipanaskan dan goreng sehingga warna keperangan. Jangan kerap sangat terbalik sebab takut tepung tak melekat langsung dekat peria tu nanti.


Tadaaa! Peria goreng yang rangup is done! Korang bolehlah mencuba resipi ini sebagai snek harian korang. Oh ya, jangan lupa masukkan ke dalam balang kalau nak makan berulang-ulang tau.

OHMEDIA: MAKIN RAMAI PULA SUKAKAN PERIA GORENG NI. BAGI YANG INGIN MENCUBA, BOLEH GUNA RESIPI OHMEDIA SHARE NI YA? SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mingguan Wanita | Berita Harian

+ Baca respon pembaca sukakan peria goreng crispy di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media