Ini Antara Individu Berisiko Mengalami Kemurangan


Kemurungan terjadi apabila seseorang itu rasa tak berguna, sedih yang berpanjangan, keletihan yang tidak boleh dibendung seolah-olah tiada tenaga langsung, cepat marah serta hilang semangat untuk lalui aktiviti harian. Penyakit ini tidak mengira jantina, umur dan bangsa. Semua boleh terkena dan ianya boleh berlangsung sampai berbulan-bulan takpun bertahun-tahun.

Antara individu yang berisiko mengalami kemurungan ialah orang yang pernah mengalami kemurungan sebelum ini, menghidap penyakit kronik, hilang anggota badan, kematian orang yang disayangi, penceraian, masalah rumah tangga, masalah keluarga, tekanan di tempat kerja dan banyak lagi. Mungkin semua orang pernah lalui dan ada yang berasa sangat sedih sampaikan tak boleh kawal dan terus mengalami kemurungan.

Tanda-tanda seseorang itu akan mengalami kemurungan pula, dia akan berperasaan seperti 'kekosongan' atau kesedihan yang berpanjangan, cepat rasa letih dan tidak bertenaga, perasaan serba salah itu selalu timbul, rasa diri langsung tidak berguna sampai fikirkan lebih baik mati, rasa tidak tenteram dan mudah marah, simpton fisiologi akan terjadi, contohnya seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman dan juga hilang selera makan dan penurunan berat badan yang sangat drastik.

Ramai yang beranggapan kemurungan tiada langsung penawarnya dan tidak perlu dirawat sebab ianya boleh hilang dengan sendiri. Padahal kita masih boleh mencegah dan ada benda yang perlu kita buat sekiranya mengalami kemurungan dan tidak dibiarkan begitu saja. Individu yang mengalami kemurungan perlu berjumpa dengan doktor ataupun berjumpa dengan kaunselor. Oh ya, buat sesuatu yang boleh buatkan korang ketawa dan rehatkan diri daripada perkara rutin yang akan serabutkan fikiran korang. Elakkan diri membuat keputusan yang besar dan berisiko dan yang paling penting dekatkan diri kepada Tuhan.

OHMEDIA : JANGAN LAYAN SANGAT PERASAAN SEDIH SEBAB IANYA BOLEH MEMUDARATKAN DIRI KORANG

Sumber : MOH
Sumber: Oh! Media