Jenis bilik yang ditawarkan
Kemudahan menarik
Kemudahan yang disediakan secara percuma
Mesti ada yang risau pasal line telefon korang bila pergi bercuti kan? Jangan risau sebab dekat sini ada Wi-Fi percuma disediakan. Oh ya, tempat letak kereta memang banyak dan betul-betul depan bilik korang. Mana yang bawak banyak barang macam nak pindah rumah tu takpayah risau lah sebab memang dekat sangat.Paddock Club
Dekat Paddock Cafe pula, hidangan makanan semuanya halal dan dimasak oleh chef yang berpengalaman. Pergh! Kalau nama pun berpengalaman, mestilah sedap makanan-makanan yang terhidang semuanya. Dekat sini juga ada satu benda yang betul-betul menarik perhatian Ohmedia iaitu sudu yang dihidangkan bersama makanan tersangatlah unik sebab ianya berbentuk spanar. Ohmedia tak pernah nampak dan tak pernah jumpa lagi dekat mana-mana seller online yang ada jual, kalau tak mesti dah beli satu, kah!
Package Barbeque
Selain itu, bagi yang plan nak buat barbeque dengan kawan-kawan atau keluarga, Hype Hotel ni ada sediakan tempat untuk korang tau. Ada banyak pakej yang diorang tawarkan. Korang
tinggal pilih jer mana yang ngam dengan bajet. Ruang cafe ni juga mampu memuatkan lebih dari 100 orang, so memang selesa lah kalau nak bawak ramai-ramai join.
Kemudahan Pit Stop
Apa yang menarik lagi yang boleh Ohmedia kongsikan, hotel ni juga menyediakan kemudahan Pit Stop dimana ianya terletak di bahagian lobi. Pit Stop ni menawarkan pilihan barangan cenderahati contohnya rantai kunci, cawan, kemeja-T, topi dan juga aksesori asas untuk memandu atau menunggang. Bagi yang penginap disini, korang boleh dapatkan perkhidmatan menyewa motosikal atau kereta manakala perkhidmatan mencuci kenderaan secara percuma juga ditawarkan.Masa Ohmedia datang, hotel ini masih belum siap sepenuhnya dan baru sajer soft opening, so ada lagi kemudahan yang Ohmedia belum sempat nak merasa. Hype Hotel Motosport ni akan mengadakan Grand opening pada next week gais! Tapi kalau korang dah rasa hype sangat nak cuba sendiri duduk kat situ, bilik dah tersedia dan dibuka untuk tempahan. Bagi yang suka kan kelainan korang memang patut menginap disini!
+ Baca respon pembaca kaki melancong di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media