Sedih, itu sahaja yang dapat Ohmedia ungkapkan bila mengetahui perkara ini. Kita dapat lihat tekanan yang dihadapi rakyat China yang kini sedang bergelut dengan wabak koronavirus yang semakin memuncak. Dalam pada itu, banyak juga berita palsu yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Terbaru, telah tersebar satu berita palsu di China yang mengatakan haiwan peliharaan juga penyebar koronavirus dan ini menyebabkan ketakutan kepada penduduk China. Ini dapat dilihat apabila banyak pemilik haiwan peliharaan yang panik telah melemparkan kucing dan anjing mereka keluar dari rumah.
Apa yang menyedihkan, haiwan-haiwan tidak bersalah ini telah dicampak dari rumah kediaman yang tinggi dan bangkai-bangkai haiwan ini dapat dilihat terbaring dan berdarah di atas jalan raya.
Perkara ini bermula apabila seorang doktor telah dipanggil dalam sebuah rancangan TV yang menyatakan bahawa haiwan peliharaan "berhubung" dengan pesakit yang disyaki koronavirus juga perlu dikuarintin.
Tapi, malangnya pihak media tempatan telah membuat kesimpulan yang salah apabila mengatakan kucing dan anjing boleh menyebarkan koronavirus sehingga membuatkan orang ramai berasa takut.
Sebelum ini juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menunjukkan bukti bahawa haiwan peliharaan bukanlah penyebab kepada penyebaran wabak ini dan pihak media China telah menaikkan semula keterangan dari WHO ini.
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing boleh menyebabkan koronavirus. - Kata WHO.
OHMEDIA: Inilah bahaya bila berita palsu disebarkan, lagi-lagi bila dalam keadaan darurat. Jadi untuk korang pula, pastikan berita yang diterima adalah sahih dan sekiranya ada rasa ragu-ragu terhadap sesuatu berita, jangan cepat untuk tekan butang share ok!
Sumber: The Sun
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media