Duta China Ke Malaysia Kecewa Negeri Sabah Sekat Kemasukan Rakyat China


Negeri Sabah sebelum ini menjadi satu-satunya negeri dalam Malaysia yang telah membuat keputusan untuk sekat kemasukan pelancong dari China ke negeri itu dengan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah.

Disebabkan itu, Duta China ke Malaysia, Bai Tian telah mengatakan yang mereka rasa kecewa dengan keputusan yang dilakukan oleh negeri Sabah dan meminta agar ia dipertimbangkan semula.

Saya fikir apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan atau organisasi dalam hubungan ini harus berlandaskan asas yang kukuh. Saya kecewa dengan keputusan Kerajaan Sabah. - Katanya.

Duta China ini juga berharap agat keputusan ini tidak menjejaskan aktiviti perdagangan dan komersial antara kedua-dua negara.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Sumber: Oh! Media