Disebabkan Lahir Dengan Keadaan Kerdil, Bayi Ini Dibuang Ibu Kandungnya


Ohmedia agak terkilan dengan sikap manusia zaman sekarang kerana sanggup membuang anak yang dikurniakan oleh Allah SWT. Ingat, anak adalah pembawa rezeki tau untuk semua pasangan yang sudah berkahwin di luar sana. Bagi yang belum berkahwin, korang jangan nak memandai-mandai buat anak pula ya!

Menurut posting Muhammad Kdh di Facebook, seorang bayi yang berusia 4 bulan itu dibuang oleh ibu kandungnya kerana memiliki kekurangan seperti lahir dengan keadaan kerdil. Ya Allah, apa lah dosa budak kecil ni kan?


Bagi sesiapa yang beragama Islam ingin menjaga bayi tersebut, korang boleh berurusan dengan Jabatan Perlindungan Hospital Melaka. Korang kena ingat anak istimewa ini adalah antara kunci ibu bapa menuju ke syurga tau.

Memang rugi kalau korang taknak jaga anak-anak istimewa ni! Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa tindakan ibu kandungnya adalah sangat tidak wajar. Kali ni Ohmedia setuju dengan netizen.

OHMEDIA: TERGAMAK SEORANG IBU MEMBUANG ANAKNYA KERANA KEKURANGAN YANG ADA. SEMOGA IBUNYA DIBERIKAN HIDAYAH.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca sayang anak-anak istimewa di Facebook Oh! Media






Sumber: Oh! Media