'Cikgu ni wolverine ke apa peluk sampai jadi camtu?' - Belakang badan pelajar merah selepas diajar pakai seluar 30 kali berturut-turut


“Alhamdulilah, dia dapat memakai seluar sendiri dengan jayanya...” demikian alasan tidak masuk akal oleh seorang guru ketika memberi penjelasan kepada si ibu yang anak lelakinya mengalami bengkak dan kemerahan di belakang badan. 

Ibu saudara kepada pelajar itu memuat naik dua gambar berkenaan di Twitter yang menunjukkan perbualan WhatsAppn di antara guru dengan ibu pelajar terbabit 

Berdasarkan gambar itu, guru berkenaan yang tidak didedahkan namanya terdahulu memohon maaf kerana badan mangsa mengalami kemerahan. Alasan yang diberikan ialah dia cuba mengajar mangsa menguruskan diri tanpa pertolongan orang. 

Bagi memastikan pelajar itu berupaya berdikari, guru berkenaan mengarahkan mangsa memakai seluar sebanyak 30 kali berturut-turut sehingga akhirnya dai dapat memakai seluar sendiri.

"Assalamualaikum kak. Ini cikgu *****. Saya ingin meminta maaf kerana belakang Ziqri merah. Tadi saya mengajar Ziqri mengurus diri iaitu memakai seluar sendiri tanpa pertolongan orang. Ziqri telah memakai seluar sebanyak 30 kali berturut-turut. 

"Alhamdulillah dia dapat memakai seluar sendiri dengan jayanya. Mintak maaf kak, salah saya,” tulis guru tersebut.

Bagaimanapun, kesan merah di belakang badan mangsa menimbulkan tanda tanya ibunya yang lalu bertanya bagaimana ia boleh berlaku. 

Guru itu berkata, mangsa tidak mahu menarik seluar dari kaki hingga ke paras perut. Guru itu kemudian memeluk mangsa dan bermulalah sesi latihan sehingga dia berjaya memakai seluar. 


Tetapi netizen tidak dapat menerima alasan itu yang jelas sekali tidak masuk akal berikutan kesan merah di belakang badan mangsa seperti dikerjakan sama ada dengan objek tumpul atau jari jemari seseorang. 



Sumber: Wanie Cho


Sumber : thereporter.my