Chelsea Terciduk Di Tempat Sendiri, Bayern Selangkah Ke Suku Akhir UEFA



Gergasi Bundesliga, Bayern Munich berada di kelas tersendiri selepas menewaskan Chelsea 3-0 di saingan pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge awal pagi tadi. Beraksi di tempat lawan tidak menjadi penghalang untuk Bayern mempamerkan taring sebenar.



Thomas Muller hampir membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-35 namun tandukan beliau terkena palang. Chelsea juga memiliki peluang menerusi percubaan dari pemain pertahanan Marcos Alonso, walaubagaimanapun sepakan beliau berjaya ditepis keluar Manuel Neuer. Akhirnya Bayern berjaya menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-51 menerusi Serge Gnabry selepas menerima hantaran lintang dari Lewandowski. Gnabry sekali lagi menjadi duri dalam daging Chelsea selepas menjaringkan gol kedua hasil serangan balas pada minit ke-54.


Robert Lewandowski memastikan kemenangan bergaya Bayern selepas menyumbat gol ketiga pada minit ke-76 hasil gerakan lincah dari pemain muda, Alphonso Davies. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Allianz Arena, Munich pada 19 Mac nanti. Mampukah Chelsea untuk membuat Comeback? Sama-sama kita saksikan.



OHMEDIA : BAYERN MUNICH KINI SELANGKAH KE SUKU AKHIR LIGA JUARA -JUARA EROPAH MUSIM 2019/2020

+ Baca respon pembaca Chelsea terciduk di tempat sendiri di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media