Akaun Twitter Dan Instagram Milik Facebook Digodam Hacker!


Ohmedia baru dapat info yang akaun Twitter milik Facebook telah digodam oleh sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai OurMine. Kejadian dilaporkan berlaku hari ini dimana penggodam berkenaan telah membuat satu hantaran kepada setiap akaun Twitter milik Facebook seperti @facebook dan @messenger yang menyatakan bahawa akaun mereka sudah berikutan sistem sekuriti disebut lemah oleh penggodam berkenaan. Ourmine berkata, meskipun akaun Facebook boleh digodam, namun Facebook mempunyai sistem sekuriti yang lebih baik dari Twitter.



Selain dari pada membuat hantaran pada akaun Twitter, OurMine juga telah bertindak mengganti gambar-gambar feed pada akaun Instagram Facebook dan Messenger dengan logo hacker milik mereka. Setelah Ohmedia periksa, nampaknya akaun-akaun berkenaan sudah dipulihkan. Facbook sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal ini di Twitter dan mengesahkan bahawa akaun mereka di Twitter sudah digodam.





Untuk info, OurMine sebelum ini pernah bertindak menggodam beberapa akaun media sosial beberapa pemimpin perusahaan teknologi dan sejumlah brand ternama, antaranya ialah akaun Twitter Mark Zuckerberg (CEO Facebook), Jack Dorsey (CEO Twitter), Sundar Pichai (CEO Google), Netflix, Marvel Studios, FC Barcelona, hingga New York Times. Disamping itu juga, OurMine juga pernah menggodam beberapa laman web terkemuka, seperti BuzzFeed, TechCrunch, Variety, hingga WikiLeaks.

Dipetik dari Tekno Kompas, OurMine menggunakan aplikasi Khoros untuk menggodam beberapa laman sosial seperti Facebook, dimana ia merupakan platform social media management untuk mengelola sejumlah akaun media sosial melalui satu aplikasi, sama seperti TweetDeck, HootSuite, atau Buffer.

OHMEDIA: NAMPAK MACAM TAK ELOK KERJA GODAM MENGGODAM NI, TAPI INILAH SALAH SATU CARA UNTUK PUSH MEREKA TERUTAMANYA YANG PEGANG PERSONAL DETAIL KITA SUPAYA SENTIASA TINGKATKAN SISTEM SEKURITI PERKHIDMATAN MEREKA AGAR TIDAK MUDAH DICEROBOH.

Sumber: Tekno Kompas

+ Baca respon pembaca akaun Twitter Dan Instagram Facebook digodam di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media