Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

Sumber Gambar: Dunia Dan Akhirat

Mesti ramai di antara korang sangat mengenali Ustaz Ebit Lew yang sentiasa berdakwah dan menasihati masyarakat Malaysia. Baru-baru ini Ustaz Ebit ada berjumpa dengan Yoe Parey dan Asif selepas selesai ceramah di Matrikulasi Kelantan. Walaupun sudah jam 12 malam, Ustaz Ebit tetap pergi luangkan masa bersama Youtuber terkenal Syahmisazli, anissafaizul, Asif dan Yoe Parey.




Ustaz Ebit memuji sikap mereka yang sangat rendah diri dan banyak minta nasihat. Banyak nasihat yang Ustaz Ebit kongsikan antaranya tentang solat, keluarga dan ibu sehingga membuatkan Yoe berlari ke kereta ambil telefon untuk hubungi ibunya. Yoe juga selalu dengar ceramah Ustaz Ebit sambil menangis.



Sebak semalam walau dah dekat 12malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik. Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah. Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif,yoe dll. Baik sangat adik-adik ni. Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah. Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah. Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur. Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengeluh dan putus asa . Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone. Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Subhanalllah. Baiknya anak ini. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam . Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini. Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah . Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew #fullVideo #youtubeEbitLew #keluargasunnahPerbaikiDiriKL #maepsSerdangSelangor #transformjiwa.com
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Untuk pengetahuan korang, Ustaz Ebit Liew merupakan seorang yang berbangsa cina dan mendapat hidayah dari Allah SWT ketika berumur 12 tahun dan beliau juga telah mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati Islam. Ohmedia doakan Ustaz Ebit dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan dakwah dan semoga niat baik Ustaz Ebit dipermudahkan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.





Sumber: Oh! Media