WHO Puji Kerajaan China Bertindak Pantas Kawal Wabak Koronavirus


Selasa yang lalu, WHO telah melakukan mesyuarat tergempar yang akhirnya menisytiharkan darurat global untul wabak koronavirus. Keputusan ini mendapat persetujuan dari semua kepimpinan WHO setelah ia diusulkan.

Bagaimanapun, Ghebreyesus tetap memuji tindakan pantas yang diambil oleh kerajaan China bagi membendung virus dari terus merebak lebih meluas.

Angka jangkitan serta kematian di luar China pasti akan lebih teruk lagi jika kerajaan China tidak mengambil langkah yang sepatutnya ini. Biar saya berterus terang: Pengisytiharan ini dibuat bukan undi tidak percaya kepada China, sebaliknuya WHO terus yakin dengan kemampuan China untuk mengawal wabak ini. - Katanya.

Keputusan ini juga diambil bagi memberikan panduan kepada negara lain yang tidak mempunyai kepakaran dan peralatan yang lengkap bagi menghadapi wabak ini.

Sumber: CNN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media