Warga Emas Rentung, Suaminya Melecur Bahagian Tangan Akibat Rumah Terbakar


Awal pagi tadi, seorang wanita maut selepas rumah yang mereka duduk terbakar di kampung Belekok, Kukup. Suami kepada mangsa pun ada sekali dalam rumah tu dan hanya mengalami cedera saja.

Kira-kira pada pukul 1:30 pagi tadi, Wanita yang berusia 75 tahun iaitu Goh Ching Hiang ditemui sudah pun rentung di dalam bilik tidurnya dan suaminya, Goh Ting wang yang berumur 81 tahun melecur di bahagian tangan. Dua jentera dan 10 anggota bomba bergegas pergi ke tempat kejadian selepas dapat panggilan kecemasan dari orang awam yang melaporkan ada kebakaran di situ, kata Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Iqbal Raduan.

Punca berlakunya kebakaran masih belum diketahui. Hampir 95 peratus rumahnya musnah dan kedua-dua mangsa telah pun dibawa ke Hospital Pontian.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media