(Video) Viral Ahli Parlimen Jelirkan Lidah Kepada Peniaga, Apa Puncanya?


Apa pula ni? Dah banyak kali Ohmedia perasan gambar ni lalu dekat sosial media. Ohmedia maksudkan tentang gambar yang menunjukkan seorang Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew yang telah menjelir lidahnya ke arah orang yang dikatakan peniaga uptown Danau Kota.

Rupa-rupanya ada versi video yang telah dimuat naik oleh Papagomo di Twitternya @Sir_Azri dan ia telah mengundang kemarahan dan kecaman netizen.


Dalam video ini, dapat dilihat Yee Kew telah turun padang berjumpa peniaga yang mahu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemindahan tapak perniagaan mereka. Namun keadaan tidak terkawal dan menjadi kecoh yang mendakwa ada peniaga tidak mahu menerima tapak baharu dan inginkan penjelasan.

Ahli Parlimen tersebut dilihat terpaksa bergerak ke arah kereta untuk beredar atas arahan polis bagi mengawal keadaan. Ada yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Namun, sebelum beredar Yee Kew sempat menurunkan tingkap dan menjeler lidahnya. Video ini telah mendapat banyak reaksi dan ada juga yang mendakwa orang luar tidak akan faham dengan situasi sebenar yang peniaga hadapi.


Apa-apapun biarlah mereka yang ada dikawasan terbabit menyelesaikan perkara ini. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan bijak.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media