Berdasarkan video itu, penunggang motosikal terbabit berada di kawasan rumput di tepi jalan.
Dua anggota terbabit turun dari kenderaan JPJ yang berhenti di tengah jalan raya, terus menahan penunggang itu sebelum memukulnya sehingga terjatuh.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 pagi di Jalan Sandakan-Lahad Datu. Sepasukan lapan anggota JPJ melakukan sekatan jalan dan dua daripadanya melakukan rondaan menggunakan Toyota Fortuner untuk mengawal lalu lintas dan memeriksa kenderaan yang berhenti sebelum sekatan.
Mereka kemudian mendapati penunggang motosikal Modenas Dinamik cuba berhenti sebelum sekatan itu dan mengarahkannya pergi ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan.
Namun lelaki itu berpatah balik dipercayai cuba melarikan diri dan merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalu lintas.
Usaha lelaki itu gagal apabila motosikalnya bergesel dengan kereta JPJ lalu terbabas di dalam parit.
"Tindakan penunggang berkenaan yang enggan berhenti dan bertindak agresif untuk melepaskan diri membuatkan dua pegawai JPJ berkenaan cuba sebaik mungkin untuk menghentikan dengan melompat ke arah motosikal seperti tular dalam video berkenaan," kata sumber.
Kalau no plat kita pelik sikit @JPJ_Malaysia sampai ukur guna pembaris kononnya kena ikut SOP. Ini nak tanya, tangkapan ini adakah ikut SOP? pic.twitter.com/OwPuJLJ1FM— MyWatch (@My_CrimeWatch) January 10, 2020
Sementara itu, Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata, pihaknya sedang menyiasat video viral itu dan akan mengumumkan hasil siasatan dalam masa terdekat.
Sumber: Harian Metro
Sumber : thereporter.my