(Video) Pasangan Bisu Ini Lafaz Akad Nikah Dengan Guna Bahasa Isyarat Buat Netizen Sebak!


Baru-baru ini, Ohmedia ada tengok satu video daripada seorang pengguna, @eriinkahar di Twitter mengenai seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang bernama Faiz melafazkan akad nikah dengan menggunakan bahasa isyarat.


Kalau korang nak tahu, pengantin lelaki tu mengalami masalah pendengaran dan percakapan tau. Dalam video tu korang boleh nampak ada seorang perempuan yang juga merupakan cikgu sekolahnya tengah membantu untuk translatekan apa tok kadi tu cakap.


Rata-rata ramai netizen berasa sebak apabila melihat Faiz mengeja nama isterinya satu-satu yang dikenali sebagai Fara dengan tenang semasa lafaz akad nikah. Kalau korang nak tahu, tweet tu telah mendapat 30.3k retweets dan 38.5k likes di Twitter.

Sumber: @eriinkahar

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Sumber: Oh! Media