Alamak, lelaki ni tunjuk samseng dia lah lepas langgar kereta mangsa. Siap bawa kawan-kawan dia tau! Korang nak tahu tak baru-baru ni ada beberapa gambar dan video yang tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang bernama Apache (nama samaran) melanggar kereta mangsa dari belakang.
Apache yang memakai spek mata |
Yang Ohmedia tak boleh brain, dia menyalahkan mangsa dan memanggil kawan-kawan dia seramai 15 orang hingga 20 orang datang kepung ke rumah mangsa. Apabila mangsa ajak buat report di balai polis, dia taknak gais! Ewah, kau siapa brader?
Kereta mangsa |
'Apache'r? Kenapa taknak kena report polis? Mangsa dahlah dengan anak kecil yang berusia 3 tahun. Tak ada belas kasihan langsung eh? Pergilah cari kerja, jangan asyik nak pau orang je. Ohmedia harap diorang ni kena tangkap dengan polis secepat mungkin.
Motor Apache |
Dia yang langgar kereta kita, kita yang jadi mangsa. Amboi! Kalau korang nak tahu, kejadian ni telah berlaku di kawasan Bandar Baru Selayang. Jadi, gunalah kuasa viral ni supaya memudahkan kerja polis untuk ambil tindakan terhadap diorang.
Kalau korang nak tengok video Apache bersama gengnya datang ke rumah mangsa, korang boleh klik sumber dekat bawah ni okay?
Sumber: Zlatan Ibra
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media