Sumber gambar dari @SyafiqIsmardi |
Kes mabok makin menjadi-jadi.— فيموناليس (@SyafiqIsmardi) January 26, 2020
Semua kereta kau langgar steady macam main rolli coster.
Lokasi:Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang, Selangor pic.twitter.com/WK0lImctt2
Dalam video berkenaan, kenderaan yang dipandu oleh lelaki berkenaan sangat laju dan menurut info, 11 buah kereta menjadi mangsa langgar lelaki berkenaan. Setakat yang Ohmedia tahu, tiada nyawa yang terkorban. Selepas melanggar semua kereta, dia bertindak mahu melarikann diri, namun kereta yang dipandunya terhenti selepas melanggar sebatang tiang elektrik. Habis lunyai lelaki berkenaan dikerjakan oleh penduduk flat berkenaan.
Kalau otai dah turun sorry bro Harini kami menang lagi. pic.twitter.com/gCVcwE1mAE— فيموناليس (@SyafiqIsmardi) January 26, 2020
Macam yang Ohmedia cakap sebelum-sebelum ni, hukuman pemandu mabuk setakat ini belum mampu memberi pengajaran kepada mereka yang kaki minum ni. Sudah tiba masanya kerajaan perlu bertegas dalam hal ini, sebab kes kematian membabitkan pemandu mabuk ni semakin menjadi-jadi, seolah-olah hukuman yang bakal dikenakan dianggap biasa sahaja.
Mungkin kerajaan patut hukum mereka seperti melaksanakan hukuman bunuh, Pandangan Ohmedia, mereka patut disabitkan dengan hukuman membunuh dengan niat kerana, mereka sedar bahawa akan akibat memandu dalam keadaan mabuk dan benda ini sudah berulang kali diberitahu melalui pesanan khhidmat masyarakat.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media