Sayu hati Ohmedia bila dapat tahu berita tentang kemalangan yang berlaku pagi tadi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Vellfire yang dimaklumkan hangus terbakar selepas dikatakan terbabas melanggar penghadang jalan. Kejadian dilaporkan berlaku di lebuhraya PLUS berhampiran susur Bertam, Kepala Batas menghala ke arah utara.
Bapa dan anak tiga tahun rentung selepas Toyota Alphard dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas, 10 pagi ini. pic.twitter.com/nNZICe9YTG— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 31, 2020
Lebih menghayat hati, bapa dan anak perempuan adalah mangsa yang maut ditempat kejadian. Menurut info, ada saksi mendakwa mendengar jeritan si anak menjerit meminta tolong sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. Akibat api yang terlalu marak, kedua-dua mangsa tidak dapat diselamatkan, walaubagaimanapun isteri mangsa berjaya diselamatkan.
Bukan mudah menerima hakikat ahli keluarga kita meninggal didpan mata kita sendiri, namun Ohmedia harapkan supaya ibu dan juga isteri kepada mangsa-mangsa yang maut tabah dengan kehilangan ahli keluarga tercinta.
Sumber: Metro Online
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media