(Video) Derita Budak Lelaki Berkulit Ular Buat Netizen Sebak!

Sumber gambar: IndiaPhotoAgency

Seorang budak lelaki di Ganjam, India iaitu adik Jagannath yang berusia 10 tahun dikatakan terpaksa kena mandi setiap jam dan pakai pelembab untuk disapukan ke kulitnya tiga jam sekali disebabkan menghidapi penyakit kulit yang bersisik seakan-akan seekor ular.


Penyakit yang dihidapinya ni ialah penyakit Lamellar Ichthyosis sejak dari lahir lagi. Kesian pula tengok Jagannath ni, sebab dia dah lama menderita dengan penyakitnya ni. Bukan tu jer, dia juga dikatakan tak dapat berjalan normal sama macam orang lain dan hanya bergantung dengan sebatang tongkat untuk jer berjalan.


Bapanya hanya bekerja sebagai seorang buruh di sawah padi tu juga mengakui yang dia tak mampu nak tanggung kos rawatan Jagannath ni dan rasa dah berputus asa sebab macam dah takde ubat yang boleh merawat anaknya tu.


Pakar Perunding di Hospital Aster MIMS di India berpendapat yang penyakit Lamellar Ichthyosis ni adalah penyakit yang jarang dijumpai. Dikatakan memang takde ubat yang boleh sembuhkan penyakit Jagannath ni oleh Pakar dermatologi walaupun ada pakar lain yang masih lagi mengatakan penyakit itu boleh dirawat.

Sumber : Daily Mail

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Sumber: Oh! Media