Malang tak berbau, seorang kanak-kanak perempuan cedera di bahagian lidah akibat terjatuh selepas terpijak selimutnya.
Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu menyebabkan mangsa tergigit lidah dan berlaku pendarahan yang banyak.
Menurut ibunya, Puan Nedy Zhara, dia ketika itu sedang menyusukan bayinya di dalam bilik dan terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum dipanggil oleh mangsa yang mengadu kesakitan. Bimbang melihat keadaan itu, mangsa terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
KEJADIAN yang menimpa Zara pada waktu tengah hari 5 Januari 2020. Ummi masa itu tengah menyusukan Medina di dalam bilik, kemudian terdengar bunyi dentuman yang kuat. Then Zara panggil, "Ummi, sakit" tapi tak menangis.
Ummi keluar dan nampak dia pegang mulut. Ummi suruh buka mulut, ALLAHUAKBAR! Darah melimpah keluar, lidah koyak teruk. Tapi dia sikit pun tak menangis. Ummi yang melalak macam apa. Subhanallah.
Tengoklah lidah dia. Allahuakbar. MAsa dia jatuh, Ummi tak nampak tapi Ummi boleh agak dia terpijak selimut yang dia pegang then tersembam dan tergigit lidah. Peritnya kan.
Dia langsung tak menangis ke apa, kuat betul awak Zara. Ummi kagum. Teruk kan? Macam kena gunting.
Ini masa di wad. Abi yang kena jaga sebab Ummi ada baby, tak dapat nak jaga. Lagi satu, Zara memang sangat rapat dengan abi. Apa-apa pun nak abi je. So senanglah sikit. Zara pun tenang je.
Masa ni 6 Januari 2020. Keesokan harinya, Ummi hantar abang sekolah, kemudian terus pergi ke hospital. Tengok dia begini, sebak. Hati mak-mak kan, cepat luluh.
Siapkan Zara, nak pergi bilik pembedahan. Start dari ini, dia peluk je Ummi, macam tahu je nak pergi mana. Haih la Zara, setitik air mata pun tak ada. Hebat awak Zara.
Masa ni sangat sebak, doktor minta Ummi teman zara sampai masuk dalam bilik pembedahan. Tunggu sampai Zara ditidurkan dengan ubat bius sebab tak nak bagi Zara ketakutan.
Selepas Zara tidur, doktor suruh Ummi cium Zara. Masa ini memang banjir habis dalam tu. Sebak yang amat. Sepanjang tunggu tu, selimut inilah yang Ummi cium je.
Alhamdulillah, dua jam dalam bilik pembedahan. Selamat dah. Kena tunggu Zara sedar baru boleh naik wad. Ummi kejutkan Zara. Zara buka mata tapi masih dalam keadaan mamai. Ayat pertama yang keluar dari mulut Zara, "Nak selimut". Hahaha! Zara Zara.. sabar je la.
Alhamdulillah, Zara dah buang air kecil dan besar. Then boleh discharge. Makan semua pun okey masa ni. Tak rasa sakit. Tapi makan sakit sikit. Kena perlahan-lahan. Susu pun kena minum guna straw. Tak boleh guna botol. Sakit kalau terkena pada puting botol susu.
Tengah tunggu dokumen semua siap. Ummi suruh buat peace, jadi gitu ha. Kelakar betul. Hahaha!
Masa ni dalam perjalanan balik ke rumah. Happy sangat muka dia. Dari mula kena sampai sekarang, setitik air mata pun tak ada. Bagi makan ubat pun senang je dia makan. Siap minta lagi ubat sirap PCM yang merah tu. Aduhai anak, cepat sihat ye Zara. Ummi tahu awak memang anak yang kuat.
Sumber: Cik Puan Nedy Zhara
Sumber : thereporter.my