Tindakan SPRM Dedah Bukti Kepada Awam Jadi Perdebatan Umum?

Sumber gambar dari Awani
Baru-baru ini SPRM telah mendedahkan perbualan antara Dato Seri Najib dengan isterinya, Datin Seri Rosmah yang mengandungi beberapa maklumat penting mengenai kes 1MDB yang masih dalam siasatan. Dalam rakaman berkenaan beberapa nama individu disebut oleh Datin Seri Rosmah yang berkemungkinan berkait dengan kes 1MDB.

Namun ramai yang mempersoalkan tindakan SPRM mendedahkan bukti penting berkenaan kepada awam. Ini termasuklah pengamal undang-undang yang juga ADUN Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza. Dipetik dari Sinar Harian, Menurut beliau, pendedahan berkenaan itu telah membuka lembaran baharu terhadap definisi mahkamah terbuka dan menunjukkan SPRM melanggari norma sistem perundangan negara.

Disamping itu, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim, seorang pakar kriminologi memberi pandangan pendedahan melalui intipan sistem komunikasi memberi imej negatif kepada sistem komunikasi digital negara kerana boleh dipecah masuk mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan. Justeru itu ia memberi kebimbangan pelabur untuk melabur.

Turut memberi pandangan yang sama, Kamal Affandi Hashim, seorang penganalisis jenayah. Beliau berkata pendedahan ini memberi gambaran bahawa maklumat sulit kini tidak lagi selamat. Kalau korang sendiri, wajar tak bukti penting sesuatu kes berprofil tinggi didedahkan?

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media