Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman. |
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, usaha itu merupakan salah satu langkah penyelesaian yang ditampilkan pihaknya sejak tempoh rundingan bersama penjaja tamat, Oktober lalu.
“Kita masih ada baki kiosk (gerai) dan boleh beri kepada penjaja jika mereka ada pilihan lokasi yang sesuai dan memohon tapak-tapak gerai tersebut,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kuala Terengganu, hari ini.
Beliau mengulas kritikan sebahagian warga net keatas tindakan penguatkuasa yang menjalankan operasi dengan menyatakan pelbagai langkah telah diutarakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.
Perkara tersebut turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Ahmad Farhan Abdul Wahab yang memaklumkan, YPU dengan kerjasama beberapa agensi terlibat pernah mencadangkan untuk mewujudkan 'pasar pandu lalu' di Jalan Sultan Omar tetapi tidak dipersetujui wakil penjaja.
"Kami sentiasa mencari jalan dan terus berbincang dengan penjaja untuk menyelesaikan masalah ini, namun rata-rata mereka lebih suka bergerak di persimpangan jalan kerana lebih menguntungkan.
"Namun, kita juga dapati, ramai penjaja yang masih ada hari ini adalah 'muka-muka' baharu kerana kebanyakan penjaja yang berbincang dengan pihak kerajaan negeri sebelum ini telah mengubah konsep dan cara perniagaan mereka,” katanya.
Sumber: teganukita.net