Mesti ada antara korang yang pernah pergi Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) ni kan? Dengar cerita yang MAPS ni akan ditutup bermula harini gais! Tarikh dibuka balik masih taktahu dan akan diumumkan nanti. MAPS ni telah dibangunkan pada Jun 2017 lalu dengan kos RM520 juta gais!
Notis penutupan ni telah dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), Messrs Ernts & Young. Akibat penutupan MAPS ni tersangatlah dikesali, menurut notis tu. MAPS juga adalah antara tempat pelancongan yang paling best di Perak yang tak mengira usia. Semua golongan boleh masuk, tak kira budak-budak ataupon dewasa.
Affin Invesment telahpun melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP dan juga operator MAPS, laporan media tempatan pada 4 Disember lalu.
Sumber : Bernama
Sumber: Oh! Media