Betullah apa orang tua-tua kata, malang tidak berbau. Kejadian ini berlaku di rumah mereka sendiri di Kampung Baba, Telupid. Seorang isteri parah apabila suaminya yang sedang mencuci senapang buatan sendiri jenis bakakuk terkena tembakan suaminya.
Berdasarkan apa yang Ohmedia baca, suami si mangsa ni ialah seorang petani dikatakan sedang mencuci senapang berkenaan sebelum dia tertekan picu senapangnya itu. Boleh pulak macam tu. Tak pasal-pasal si isteri terkena tembakan itu. Kesian betul!.
Mangsa yang berusia 34 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan di bahagian paha dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tupid dan telah dipindahkan ke Hospial Ducthess Of Kent bagi mendapatakan rawatan lebih lanjut.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, tangkapan dilakukan ke atas lelaki berkenaan selepas dia menyerah diri. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan si suami rela menyerah diri kepada pihak berkuasa atas kesalahannya sendiri. Nasihat Ohmedia, janganlah simpan barang-barang senjata api tanpa lesen. Bahaya tau!
Sumber: MyMetro
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media