Macam ni pun boleh erk? Kalau ada salon rambut macam ni dekat Malaysia, Ohmedia percaya mesti beratur panjang. Setiap pemilik salon rambut pasti akan mencuba untuk melakukan dan memberikan servis yang terbaik untuk bersaing dengan lambakan kedai salon di luar sana. Kalau Ohmedia, lebih suka pergi gunting rambut dekat kedai yang siap ada massage kepala, layan beb.
Tapi, lain pula apa yang ada dekat sebuah salon rambut Thailand ni apabila berjaya menarik orang ramai untuk datang memotong rambut kerana kecantikan dan kemahiran pemiliknya. Cantik macam mana tu?
Cik Ryanan Noi Noi nama dia, seorang tukang potong rambut wanita dan membuka Red Cut Salon berhampiran Universiti Pibulsongkram Rajabhat. Salon Red Cut ni katanya telah dibuka sejak enam tahun yang lalu lagi dan pelanggannya tak pernah putus-putus datang. Tengok gambar gaya layanan dia pun dah tahu kenapa ramai sangat datang.
Tapi korang jangan salah anggap, sebab salon Cik Noi ni majoriti pelanggan dia adalah wanita. Tapi ada jugalah lelaki datang sebab kepakaran Cik Noi ni mendandan rambut selama 15 tahun memang terbaik dan memuaskan. Haa, siapa nak datang tu boleh la buat temujanji dulu ok! Ada yang dah siap-siap kemas barang nak potong rambut dekat Thailand ke tu?
Sumber: AmazingNara
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media