Kekayaan dan kemasyhuran kadang-kadang membuatkan seseorang itu lupa diri, bongkak dan sombong. Kita sebagai seorang muslim kena sedar bahawa hal-hal ini hanya pinjaman dan tidak kekal lama. Ada masannya kita di bawah, dan ada masanya kita diatas. Namun itu semua tidak berlaku pada seorang bintang bolasepak, Sadio Mane yang kini bermain untuk pasukan Liverpool.
BAru-baru ini tular dilaman sosial tentang sebuah video beberapa saat yang memaparkan Sadio Mane dan beberapa temannya sedang leka mencuci sebuah masjid di Liverpool. Ini yang Ohemdia katakan tadi, meskipun dia seorang bintang, namun demi mengejar pahala, beliau tidak kisah untuk mencucui tandas masjid. Kita yang tak terkenal ni pun belum tentu nak cuci tandas masjid.
Sadio Manè cleaning a mosque toilet in Liverpool. How humble can this guy be. #lfc #AllahuAkbar— The sun of Naiga🇺🇬 (@Jingo_132) January 12, 2020
pic.twitter.com/m963846fIa
Sadio Mane juga sering membuat kebaikan kepada orang lain. Sebelum ini beliau telah mengeluarkan sejumlah dana untuk projek air bersih dan pembinaan sebuah masjid bagi kegunaan masyarakat dikampungnya. Jelas menunjukkan kemasyhuran dan kekayaan tidak mengaburi mata Sadio Mane untuk terus berbakti pada masyarakat. May Allah bless you brother.
Sumber: Borak Daily
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media