Real Madrid berjaya merangkul Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Atletico Madrid 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti. Perlawanan yang berlangsung di Arab Saudi awal pagi tadi menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan pemain terbaik mereka dengan misi memburu kejuaraan pertama pada tahun 2020.
Permainan seimbang ditunjukkan kedua pasukan dan akhirnya terikat tanpa jaringan sehingga 120 minit masa tambahan. Ohmedia nak bagi pujian kepada penjaga gol Real dan juga Atletico kerana beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini.
Di penentuan sepakan penalti menyaksikan Real berjaya menjaringkan 4 gol manakala Atletico gagal untuk Sempurnakan dua sepakan tersebut daripada pemain mereka iaitu Saul Niguez dan Thomas Partey. Tahniah Ohmedia ucapkan kepada Zidane dan Real Madrid kerana berjaya meraih kejuaraan ke-11 Piala Super Sepanyol.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media