Dah lama Ohmedia tak dengar cerita tentang aktres jelita, Fathia Latiff kan? Cerita dia selalu panas sebab dia terkait dengan pelbagai kontroversi tetapi azam Fathia pada tahun ini, dia mengharapkan dapat bagi sinar baru dalam industri hiburan.
Untuk tahun ini saya mahu mengasingkan karier seni dan kehidupan peribadi. Saya pun masih belajar untuk kawal diri, tak nak campur aduk kerjaya dan peribadi. Apa yang saya boleh katakan, saya hanya nak jadi diri sendiri. Saya tahu, rakyat Malaysia sayangkan saya sebab itu saya cuba untuk berubah. Tapi tak boleh lah terus nak berubah 100%. Kena buat secara perlahan-lahan. Doakan yang baik-baik untuk saya. Saya tidak pernah ada masalah mental, it's all stupid dan saya tak pernah pun berjumpa doktor. Bagi saya, kontroversi memang akan terjadi dalam dunia selebriti. Tak kena mengena dengan masalah mental.
Haih siapalah yang tuduh Fathia kan? Kalau jadi artis ni memang kena banyak bersabar dengan mulut makcik pakcik bawang ni. Tak apalah, Fathia. Apapun, Ohmedia doakan Fathia agar terus maju jaya dalam industri hiburan okay?
Sumber: mStar
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media