Pertubuhan Kesihatan Sedunia Isytihar Darurat Bagi Wabak Koronavirus


Selepas sebulan wabak ini tersebar, akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan koronavirus sebagai wabak darurat kesihatan global. Keputusan ini dilakukan semasa Jawatankuasa darurat melakukan mesyuarat di Geneva pada Khamis yang melihat jumlah kes ini semakin meningkat dengan pantas.

Teori yang wabak ini boleh berjangkit antara manusia ke manusia juga didapati benar dan ini merisaukan lagi keadaan kesihatan global.


Sebab utama pengisytiharan ini dibuat bukan kerana apa yang sedang berlaku di China, tetapi apa yang sedang berlaku di negara-negara lain. Kebimbangan kami yang paling utama adalah potensi virus itu tersebar di negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah serta tidak bersedia untuk menanganinya. - Kata WHO.

Dengan pengisytiharan darurat ini, maka WHO akan menyelaraskan semua tindak balas di peringkat antarabangsa dan menyusun standard piawaian untuk negara-negara lain patuhi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media