Pengguna Mudah Alih Luar Bandar Masih Ada Yang Bergantung Dengan 3G


Apabila berada di luar dari kawasan bandar jer mesti ramai yang duk maki hamun dengan line internet korang tu sebab susah nak dapatkan rangkaian perkhidmatan 4G. Tapi bukan dekat luar dari kawasan bandar jer, kadang-kadang dekat tengah bandar pun ada tempat-tempat yang masih tak dapat lagi 4G tu dan semuanya bergantung dengan telco yang korang gunakan.

Opensignal telah pun membuat kajian dan mengatakan yang rangkaian perkhidmatan 4G ni masih lagi tidak menyeluruh dekat Malaysia ni dan ada yang memang hanya bergantung semata dengan 3G. Rugi la kan beli telefon yang mahal-mahal yang support 4G tapi dekat tempat korang tu tak boleh pun pakai 4G dan ada yang kadang-kadang sampai no service, ini paling tak boleh blah!

Untuk dapatkan rangkaian perkhidmatan 4G di sesuatu kawasan tu sebenarnya ada kategori-kategori yang perlu dicapai dan contohnya:

Kategori 1: lebih 50 orang penduduk dalam satu kilometer persegi.
Kategori 2: 50 hingga 100 orang penduduk dalam satu kilometer persegi.
Kategori 3: 100 hingga 300 orang penduduk dalam satu kilometer persegi.
Kategori 4: lebih 300 orang penduduk dalam satu kilometer persegi.

Dikatakan setakat ni, pengguna Celcom adalah yang paling tertinggi peratusannya untuk dapatkan 4G ni berbanding telco-telco lain tanpa mengira kepadatan penduduk dan Umobile pula merekodkan peratusan yang paling terendah untuk dapatkan 4G apabila berada diluar kawasan bandar.

Sumber : Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Sumber: Oh! Media