Kisah hidup pelakon cilik, Puteri Balqis kini menjadi perbualan hangat setiap netizen dan juga rakan artis. Seteleh kemunculannya di kaca TV menerusi program Bersamamu. Puteri Balqis akui pernah ikat perut selama beberapa hari dan juga dia berjalan sekitar Kuala Lumpur menjual buku puisinya untuk meneruskan hidup bersama ibuya.
Pelakon yang berbakat, adik Aqish ni dulunya pernah di anugerakan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 dikata menghidap masalah hati dan menyebabkan dia menyepi dalam bidang industri.
Apa yang Ohmedia baca di My Metro, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed mengesahkan yang adik Balqis ni tidak menghidap kanser hati seperti yang didakwa sebelum ini.
Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat. Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan.
Sampai ke hari ini adik Aqish masih lagi mengalami muntah darah sejak penyakit itu menyerang pada tahun 2018. Ohmedia berharap agar adik Aqish segera sembuh dari penyakitnya dan mendapat rawatan secepat mungkin. Tapi adik Aqish ni sakit apa sebenarnya? Masalah apa pulak yang dikatakan oleh pakar tu? Harap baik baik aje lah ye. Aamiin!
Sumber: My Metro
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media