Masih ingat dengan isu Menteri dan pegawai kerajaan akan guna Toyota Vellfire dengan Honda Accord? Ehh takkan lupa kot! Ohmedia juga ada baca yang Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata keputusan muktamat belum diputuskan dan ia perlu melalui keputusan kabinet. Bagaimanapun kita telah dapat pelbagai respon dari netizen yang melihat lebih baik menggunakan kenderaan keluaran tempatan.
Ohmedia juga ada perasan yang pelakon popular, Bront Palarae turut memberikan pendapat terhadap isu ini melalui Twitter miliknya.
Kalau org2 terhormat kita sendiri tak nak guna kereta nasional, then mcm mana kita nak meyakinkan org luar utk beli? 🤔— Bront Palarae (@Bront_Palarae) January 2, 2020
If this is to strengthen diplomatic ties, then we should have a few hundreds of Perodua cars for Japanese gov officials too.
Clearly not #HarapanBagiRakyat.
Luahan Bront ini mendapat perhatian netizen dan ada yang bertanya kepada Bront, "Jadi apa kita harus lakukan pak?". Bront dengan ringkas menjawab, "Masanya akan tiba untuk kita buat pilihan".
Jadi, apa pula pandangan korang dengan isu ini? Rasanya sudah elok kerajaan guna Proton Perdana seperti yang dapat kita lihat sekarang.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media