Macam biasa, setiap kali tiba hari perayaan di Malaysia, tidak kira Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Deepavali sekali pun, pasti akan ada iklan-iklan yang akan menghiburkan kita semua. Ada yang membuatkan kita menangis, ketawa dan sarat dengan mesej yang cuba disampaikan.
Orang Lama VS Orang Muda?
Jadi untuk tahun 2020 ini, kita akan menyambut Tahun Baru Cina dan Ohmedia tertarik dengan satu iklan dari Watsons yang menampilkan perbezaan cara Orang Lama VS Orang Muda menyambut Tahun Baru Cina.Sejak ia dikeluarkan pada 7 Januari, iklan Watsons CNY 2020 ini telah mendapat 738k tontonan, 6.4k like, 328 comments dan 2.4k shares.
Nyanyian Opera Cina VS Hip Hop!
Jadi untuk iklan Watsons 2020 ini, mereka sekali lagi berjaya menampilkan lagu perayaan CNY tersendiri yang penuh dengan budaya dan irama muzik klasik Cina seperti nyanyian opera Cina yang menakjubkan. Cuma ianya lebih menarik apabila ada juga irama muzik versi terkini yang ada elemen Hip Hop.Jaga Tradisi & Kekal Trend Terkini!
Watsons juga berjaya menunjukkan jurang dan perbezaan di antara generasi lama dengan generasi baru di dalam keluarga yang sepatutnya disatukan menjadi lebih baik. Jadi mari kita sama-sama menjaga tradisi sambil mengekalkan trend terkini. Haa gitu!Seperti tahun-tahun sebelum ni, pasti ada tawaran menarik yang akan diberikan Watsons di penghujung video mereka. Jadi apa agaknya tawaran menarik Watsons CNY 202O kali ni?
RM2,888,888 Juta Untuk Dimenangi?
Ada buat Ang Pow edisi terhad gais dengan ganjaran baucar sebanyak RM388 untuk setiap pembelian sekurang-kurangnya RM80 di Watsons. Bukan tu jer, banyak lagi gais hadiah yang boleh dimenangi dan semuanya bernilai lebih dari RM2,888,888. Banyak tu!Ianya termasuklah 188 produk dari jenama terkenal Samsung. Pelanggan Watsons juga boleh mendapat potongan sebanyak RM8 dengan perbelanjaan minimum RM60 menggunakan e-Wallet Touch N ‘GO.
Korang yang suka bergambar tu, boleh la masuk pertandingan AR selfie #HappyBeautifulYear untuk memenangi Watsons points yang bernilai sehingga RM8,888. Ahli Watsons Elite pula akan berpeluang mendapatkan plat Watsons Limited Edition Yee Sang dengan pembelian minimum sebanyak RM288 sahaja gais!
Jadi apa korang tunggu lagi? RM2,888,888 juta tu! Korang taknak ke?
Sumber: Oh! Media