Negara Jepun sememangnya terkenal dengan keunikan budayanya. Namun, selepas membaca laporan 'aneh' ini, mungkin keunikan itu akan terjejas.
Ogasawara Yuko, 83, berasal dari keluarga yang sangat mementingkan pendidikan. Setelah berkahwin, dia memiliki empat orang anak yang terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan.
Ogasawara tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi seorang bintang filem dewasa. Baginya, kehidupannya akan menjadi seorang suri rumah tangga sehingga ke akhir hayat.
Difahamkan, suaminya meninggal dunia di usia 59 tahun kerana penyakit. Ogasawara sangat terkesan dengan pemergian suami yang amat dicintainya itu.
Dua tahun kemudian, Ogasawara memberanikan diri untuk keluar dari zon selesa dan di atas dorongan keluarga, dia membuka restoran dan perniagaannya kini berkembang maju.
Suatu hari, seorang pelanggannya, wanita, datang ke restoran dan bertanya apakah Ogasawara berminat untuk menjadi bintang filem dewasa. Serta-merta Ogasawara terus menolak.
Kemudian seorang rakannya mengajak dia keluar untuk makan malam, tetapi dibawa pula ke lokasi penggambaran filem dewasa. Di situ, Ogasawara melihat, bukan hanya golongan muda yang berada di industri itu, malah orang tua juga turut terjebak sama, membuatkan dia tertarik.
Tetapi dia tidak mahu 'beradu' dengan orang tua, dia ingin beradu dengan orang muda yang tampan.
"Jika saya ingin menjadi seperti mereka, saya tak nak orang tua. Saya nak pemuda yang tampan," katanya.
Mendengar kata-kata Ogasawara itu, produser di lokasi itu menjawabnya, "Kalau nenek bersedia, kami akan uruskan," katanya.
Ogasawara secara rasmi memulakan kariernya dalam industri itu pada usia 81 tahun.
"Ini kali pertama saya beradu dengan lelaki muda selain suami saya," katanya yang kini bahagia dan merasakan hidupnya sangat memuaskan.
Dia juga mengatakan, anak-anak tahu dia berkecimpung dalam bidang itu, malah anak-anaknya memberi dorongan untuk dia melakukan apa saja yang dia suka di waktu muda.
Sumber: Sosok
Sumber : thereporter.my