Ohmedia paling tak suka bila dengar kes ragut ni sebab setiap kali terjadi, mesti perempuan yang jadi mangsa tau. Menerusi page Penang Kini di Facebook, seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada bayi 8 bulan meninggal dunia akibat patah 3 tulang di leher, bibir mulut pecah dan jari tangan bengkak menyebabkan koma sehingga hembusan nafas terakhir.
Innalillahiwainnalillahirojiun, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah NurFarahdila Zulkifli yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Januari 2020.
Kepada peragut di luar sana, adakah korang rasa puas hati bila terjadi macam ni dekat mangsa korang? Korang tahu tak dalam masa yang sama korang meragut nyawa juga? Tak kesian ke dekat orang yang dah ada anak-anak yang masih kecil?
Walau apapun, Ohmedia mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga anak lelakinya itu menjadi seorang yang tabah dan soleh semasa besar nanti. InsyaAllah, Amin. Ohmedia harap peragut tu dapat ditangkap dengan pihak polis secepat mungkin. Eee geram betul!
Sumber: Penang Kini
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media