Liverpool Terus Gayat, Pastikan MU Pulang Dengan Telur Ayam



Pertembungan 2 gergasi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi menyaksikan perlawanan berpihak kepada tuan rumah Liverpool dengan keputusan 2-0. Beraksi di Stadium Anfield memberi kelebihan buat Liverpool yang ingin mengutip 3 mata penuh untuk terus berada di persada liga.




Liverpool hanya memerlukan 15 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan pertahanan terbaik mereka, Virgil Van Dijk. 10 minit berselang Liverpool menambah gol kedua menerusi Roberto Firmino namun jaringan tersebut dibatalkan akibat berlaku sedikit kekasaran antara Firmino dan De Gea.


Bersambung separuh masa kedua, MU mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan namun peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh Martial apabila tendangan beliau melambung melepasi palang gol. MU mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini tapi gagal disempurnakan oleh pemain mereka.

Ketika perlawanan sudah hampir tamat, penyerang Liverpool Mohamed Salah muncul wira The Reds selepas berjaya melakukan larian deras dari kawasan tengah padang dan berjaya menewaskan De Gea dengan mudah. Liverpool kini terus berada di puncak liga dengan 64 mata jauh meninggalkan Manchester City yang berada di kedudukan kedua liga.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media