Ohmedia cukup tertarik untuk kongsikan dekat korang semua tentang perkara yang berkaitan dengan tulisan Jawi ni. Maklumlah, ada banyak pihak yang takut sangat nak belajar tulisan Jawi ni dengan alasan boleh jadi orang Islam.
Tapi sebenarnya bukan semua orang takut dengan tulisan Jawi ni dan ini dapat dibuktikan dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Kuah Leong Chuan, 64 tahun yang mahir dalam ukiran batu nisan untuk orang Muslim.
Haa, menarik kan? Kisah individu ini dikongsikan dalam sebuah dokumentari di Kuala Selangor dan disiarkan di Malaysia Hari Ini. Bahkan, uncle Kuah Leong sudah berpengalaman selama 40 tahun.
Apa yang Ohmedia lebih kagum, uncle Kuah Leong masih mengekalkan teknik ukiran tradisional menggunakan tangan yang diwarisi dari ayahnya semasa berumur 20 tahun.
Kalau korang nak tahu, maklumat yang biasa ada pada sesebuah batu nisan adalah perkataan Al-Fatihah, maklumat si mati seperti nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia. Jadi siapa agaknya yang akan menjadi pelapis kepada uncle Kuah Leong dalam pengukiran batu nisan granit ni?
At times, he knows more about Muslim funeral rites than the average Muslim.— Nailah Huda (@nylahuda) January 15, 2020
He doesn’t accept requests to write “Bismillah” - he only sticks to writing “Al-Fatihah” as he doesn’t want to risk exposing God’s name on a tombstone that may be damaged, sat on, or defaced. pic.twitter.com/rHT0mELOxR
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media