Koronavirus Mampu Membunuh 65 Juta Orang Dalam Masa 18 Bulan. Biar betul!?


Baru- baru ini kita digemparkan dengan virus terbaru yang dikenali sebagai Novel Coronovirus. Virus ini merupakan virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia. Wabak penyakit ini telah mendatangkan kembimbangan ramai pihak. Pelbagai langkah telah di ambil bagi memastikan wabak ni terkawal.

Ohmedia ada terbaca suatu artikel yang mengatakan pakar telah menjangkakan seramai 65 juta orang akan terkorban sekiranya wabak virus ini tersebar dalam skala yang besar. Berdasarkan simulasi yang dilakukan oleh seorang pakar di John Hopkins Center for Health Security mengatakan hasil simulasi itu mampu membunuh 65 juta orang dalam tempoh 18 bulan.


Pada awal 2000-an, virus ini telah menyebabkan sindrom pernafasan akut yang kritikal di China. Virus itu juga telah berjangkit ke 80 ribu orang dan telah membunuh 774 orang pada awal 2000-an.

Dalam pada itu, China telah menetapkan status darurat terhadap wabak kornovirus ini. Sementara, WHO dan negara-negara lain masih meneliti tentang wabak ini yang dikatakan hampir sama seperti wabak SARS.

Menurut sumber yang Ohmedia baca, langkah untuk menghadapi wabak koronavirus ini adalah dengan menciptakan vaksin yang masih berada dalam kajian. Semoga vaksin itu cepat-cepat terhasil!

Sumber: CNN Indonesia

Sumber: Oh! Media