Kerana Rebutkan Cinta Sijanda Muda, Seorang Lelaki Sanggup Bertindak Nekad!

Sumber gambar dari SURYA.co.id
Siapa sangka, janda yang dicintai seorang lelaki selama beberapa bulan telah menjalinkan hubungan dengan orang lain, iaitu bapanya sendiri. Kuat betul penangan Miss J, dah dapat anak, bapa dia pun dia pancing. Namun tindakan janda berkenaan mengundang padah pada dirinya setelah dia ditikam berkali-kali oleh lelaki berkenaan kerana cemburu.

Menurut info, mulanya sijanda memulakan hubungan dengan lelaki berkenaan beberapa bulan sebelum curang dengan bapa kepada lelaki berkenaan  yang turut menaruh perasaan pada janda tersebut. Namun kecurangan ini diketahui oleh lelaki berkenaan lalu lelaki tersebut telah pergi berjumpa janda berkenaan untuk mendapatkan kepastian sama ada memilih dirinya atau bapanya.

Sumber gambar dari SURYA.co.id 
Awalnya dia mahu berbincang baik-baik dengan janda berkenaan, namun sikap janda berkenaan yang marah dan mengherdik beliau menyebabkan beliau berasa marah dan hilang pertimbangan lalu menikam sijanda beberapa kali sehingga mati. Info tambahan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri namun gagal setelah kakinya ditembak oleh pihak polis.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media