Baru-baru ini, tersebar tentang dua orang lelaki yang cuba nak larikan seekor lembu dengan hanya menggunakan sebuah Perodua Kancil, seriuslah?! Haha, yang dia nak bawak tu bukan kucing ke anjing ke tapi lembu weh! Ada hati nak bawa lari pakai kancil, memang kantoi lah cerita dia, kah!
Kira-kira jam 5 pagi masa hari kejadian tu, kawan kepada pemilik lembu tu memberitahu kepada pemiliknya yang lembu ditambat dekat tepi tali air hilang di Kampung Bechah Terap. Kemudian, siasatan awal mendapati yang penduduk dekat situ juga ada ternampak sebuah Perodua kancil yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan dengan membawa seekor lembu didalam kereta tu, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.
Pemilik lembu dan beberapa penduduk kampung yang lain terserempak dengan Perodua Kancil yang dipandu serta seorang lagi suspek dan menahan kenderaan terbabit di tepi jalan. Kedua-dua suspek dikatakan bergegas melarikan diri dan meninggalkan kereta serta lembu yang dicurinya tu. Mereka dapat menahan seorang suspek kira-kira jam 10 pagi dan kemudiannya menghubungi pihak polis dan menyerahkan suspek serta kenderaan yang dinaikinya tu.
Sumber : Berita Harian
Sumber: Oh! Media