Jutaan Belalang Gurun Serang Afrika, Musnahkan Ratusan Ribu Hektar Ladang



Selepas China diuji dengan Wabak Coronavirus, kini Afrika Timur pula diuji dengan kehadiran jutaan Belalang Gurun yang menyerang tempat mereka. Dikatakan negara Kenya dan Somalia paling teruk kena serang dan telah mengakibatkan ratusan ribu hektar ladang musnah. Allah maha berkuasa, lagi satu ujian yang Allah turunkan pada hambanya.



Untuk pengetahuan korang, punca utama kejadian ini disebabkan perubahan cuaca di negara tersebut. Serangan ini dijangka akan meningkat 500 kali ganda pada bulan Jun ini dan turut memberi kesan kepada bekalan makanan dan sumber pendapatan petani di negara tersebut.



Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan amaran di mana serangan tersebut bakal memberi kesan di kawasan Timur Tengah dan Asia Selatan. Semoga rakyat di sana tabah menghadapi serangan yang paling teruk pernah berlaku dalam tempoh 25 tahun ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.




Sumber: Oh! Media