Inul Daratista Taja Pengunjung Karoake Tunai Umrah


Siapa jer yang takkenal penyanyi dangdut dari Indonesia ni kan. Pernah menjadi fenomena dengan lagunya Goyang Inul suatu ketika dahulu.Pada tahun ini Inul Daratista menyambut kelahirannya yang ke-41 dengan cara yang berbeza.

Inul bekas juri Maharajalawak pada tahun 2019 ini mengambil keputusan untuk menaja beberapa orang yang bertuah untuk menunaikan umrahdalam masa yang terdekat ni.Apa yang Ohmedia tengok menerusi laman socialnya di Instagram, Inul telah mengumumkan untuk menaja seramai 62 pengunjung pusat karoake yang telah diusahakan oleh Inul sendiri. Perghh biar betul?


Menerusi video dan gambar yang dikongsikan oleh Inul sendiri, dia telah melakukan cabutan bertuah untuk memilih individu yang bertuah mendapat tajaanya. Yang paling bestnya Inul terus menghubungi mereka yang bertuah ni untuk menyampaikan berita gembira itu.

Keputusan Inul untuk menaja pengunjung karoake ni medapat perhatian daripada netizen. Rata-ratanya netizen memeberikan reaksi yang positifterutama pengikutnya di Instagram.Ohmedia doakan semoga segala usaha Inul ini berjalan dengan lancar! Aamiin.

+ Baca respon pembaca Oh! Media

Sumber: Oh! Media