Sumber gambar dari Google |
Menurut Majalah Sains, Influenza dipecahkan kepada tiga kategori, Influenza A, B dan C. Influenza A dan B adalah virus yang kebiasaanya menyerang manusia. Berbanding dengan B, Influenza A lebih merbahaya kerana mampu membawa maut. Sebagai contoh, Adik Nur Dinie yang telah meninggal dunia kerana jangkitan virus Influenza A baru-baru ini di Johor.
Influenza A turut boleh dijangkiti oleh haiwan, misalnya ayam, itik, babi dan kuda. Virus ini boleh tersebar kepada manusia melalui cecair daripada mulut binatang berkenaan. Itu sebab golongan penternak selalu terkena. Memetik dari laman portal Aurora Health Care, terdapat lima kategori individu yang berisiko untuk dijangkiti penyakit merbahaya ini;
- Kanak-kanak - mereka yang berumur di bawah dua tahun berisiko tinggi; semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun berisiko tinggi
- Dewasa berumur 65 tahun ke atas
- Perempuan mengandung
- Orang yang mempunyai penyakit kronik tetapi terutama jantung, paru-paru, atau penyakit buah pinggang (termasuk asma)
- Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dari penyakit atau ubat-ubatan (contohnya dengan HIV / AIDS atau kemoterapi untuk kanser)
Sumber: MyHealth KKM, Majalah Sains, Aurora Health Care, KP Kesihatan
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media