Idea Minum Air Guna Batang Serai, Ganti Penggunaan Straw Plastik? Biar Betik?!

Sumber gambar dari Borak Daily
Macam ini inistiatif pelbagai pihak dalam mengurangkan penggunaan plastik dimana plastik menjadi salah satu punca pencemaran terutamanya straw dan beg plastik. Antara inisiatif yang dilakukan adalah mmebuat beg dari kertas, kempen membawa bungkusan plastik sendiri dari rumah ketika pergi membeli barang keperluan. Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa telah come up dengan satu idea luar kotak.

Sumber gambar dari Borak Daily
Ideanya ialah menggantikan penggunaan straw plastik kepada batang serai. Idea ini bakal aplikasikan ke hospital untuk kegunaan pesakit kerana selamat digunakan keraan terhasil dari bahan semula jadi. Menurut beliau, serai ini mempunyai pelbagai manfaat. selain dari menjadi penyedut minuman, ia juga boleh digunakan dalam masakan kerana serai berkenaan hnaya digunakan pada lapisan luar serai berkenaan.

Beliau menambah, dari 27 jenis serai, serai buluh sangat sesuai digunakan sebagai penyedut minuman. Namun idea ini mendapat reaksi negatif terutamanya netizen di media sosial. Ada juga yang mencadangkan agar selepas ini gelas diganti dengan buluh. Sebelum ini Senator Datuk Husam Musa telah memperkenalkan sebuah alat untuk menjimat minyak. Ohmedia pun tak tahu apa jadi dengan moto budak-budak tu sekarang, haha!



+Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media